Sunday 17 February 2013


KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR

Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) merupakan salah sebuah daripada lapan buah Kolej Komuniti yang sedang beroperasi di seluruh negeri Selangor.  Mula beroperasi di kampus sementara pada tahun 2003 di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang dan kini beroperasi di kampus tetap Batang Kali, Hulu Selangor.  Menawarkan Program Sijil Modular Kebangsaan dalam bidang Pengendalian Pelancongan dan Rangkaian Komputer.  Selain daripada itu, KKHS turut aktif di dalam mengendalikan kursus dalam bidang kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan masyarakat setempat.




KKHS FUN RIDE 2013

Program Kolej Komuniti Hulu Selangor Fun Ride 2013 diilhamkan berdasarkan kepada kedudukan KKHS sendiri yang terletak di dalam Daerah Hulu Selangor yang terkenal dengan khazanah alam yang masih terpelihara.  KKHS sendiri telah mula terlibat dengan penganjuran sukan lasak melalui penganjuran kursus pemanduan pacuan empat roda pada tahun 2011 dan 2012.  Kini, KKHS mengorak selangkah lagi untuk memperkembangkan minat komuniti setempat ke arah sukan lasak berbasikal pula sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran di dalam suasana harmoni 1Malaysia.  

Program ini akan dimulai dengan pendaftaran peserta sehari sebelum hari pertandingan.  Peserta akan berkumpul di garisan permulaan seawal jam 6.00 pagi sebelum pertandingan dimulakan jam 8.30 pagi.  Peserta akan menempuh perjalanan sejauh 35km melalui jalan "off road" dan "on the road" dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Hulu Selangor.